Assalamualaikum & selamat sejahtera kepada para pembaca sekalian. Entri pada kali ini adalah berdasarkan sosioemosi kanak-kanak yang dibina melalui beberapa faktor persekitaran. Salah satu faktor yang memperngaruhinya adalah rakan sebaya.
Masih jelas lagi dalam ingatan semasa berada dibangku sekolah rendah, cikgu sering mengingatkan mengenai “pengaruh rakan sebaya”. Kata cikgu, inilah penyebab seseorang pelajar itu berjaya atau tidak. Hal ini adalah kerana kawan memainkan pengaruh yang paling kuat terhadap seseorang individu. Situasi ini adalah selaras dengan satu kajian yang dijalankan oleh Student Social Support Scale menyatakan , kanak-kanak merasakan rakan mereka adalah penting kepada mereka (Malecki & Elliott,1999). Apa saja penyebab seseorang pelajar itu berjaya adalah pengaruh rakan sebaya. Namun apabila umur kita semakin meningkat dewasa, kita tidak lagi memikirkan hal ini. Kita hanya berkawan dengan sesiapa yang kita rasa selesa dan seronok untuk berkawan sahaja. Jadi cara kita menerima seseorang itu masuk dalam hidup kita adalah bergantung kepada apa perasaan kita terhadap orang itu.
Kita juga perlu mengetahui konsep rakan sebaya itu. Rakan sebaya merupakan kumpulan remaja yang sama dari segi umur, pendidikan atau kelas sosial dan minat. Kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan (Nursuhaili, 2010). Peranan rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Pada kebiasaannya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebayanya.
Nursuhaili (2010), menyatakan bahawa rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting dalam mengembangkan kebolehan sosial serta kognisi sosial. Menurut Nursuhaili, (2010), selain daripada mengembangkan kebolehan dan kognisi sosial, rakan sebaya juga turut mempengaruhi sikap dan tingkah laku seseorang individu. Tingkah laku yang biasanya dipengaruhi oleh rakan sebaya adalah merangkumi cara bercakap, cara berpakaian, dan juga cara belajar. Rohani Abdullah (2001), menekankan kepentingan peranan rakan sebaya adalah sangat positif dalam mempengaruhi perkembangan sosial, bahasa dan pendidikan seseorang individu.
Selain itu juga rakan sebaya dikenal pasti mempunyai pengaruh yang kuat terhadap proses pembentukan akhlak di kalangan pelajar sekolah (Che Noraini, 2005). Pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa peranan rakan sebaya ini sangat penting dan amat positif dalam mempengaruhi dan meningkatkan perkembangan sosioemosi kanak - kanak di dalam kehidupan seharian mereka selepas peranan daripada keluarga kanak - kanak.
Sekian sahaja entri saya pada kali ini. Wasalam.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa peranan rakan sebaya ini sangat penting dan amat positif dalam mempengaruhi dan meningkatkan perkembangan sosioemosi kanak - kanak di dalam kehidupan seharian mereka selepas peranan daripada keluarga kanak - kanak.
Sekian sahaja entri saya pada kali ini. Wasalam.
Assalamualaikum dan salam sejahtera saudari..
ReplyDeletePenerangan dan kupasan topik perbincangan ini amat menarik sekli menurut pengamatan saya. Dalam penelitian saya berkenaan pernyataan tersebut maka dapatlah saya katakan bahawa kanak-kanak ini mempelajari sesuatu perkara melalui pemerhatiannya.
Secara tidak langsung apa yang diperhatinya akan menjadi teladan dan ikutan baginya dalam mencorakkan kehidupanya selaras dengan perkembangan emosi serta kehendaknya. Apa yang saya faham berkaitan topik ini, kanak-kanak mahukan kebebasan dan perlukan perhatian yang banyak daripada orang-orang disekelilingnya lebih-lebih lagi kepada kedua orang tuanya.
Berdasarkan topik forum ini, rakan sebaya sememangnya amat mempengaruhi emosi seseorang kanak-kanak. Rakan sebaya itulah yang akan menjadi panduan bagi kanak-kanak tersebut sama ada ke arah kebaikan atau sebaliknya. Rakan sebaya inilah juga yang akan berperanan membentuk peribadi kanak-kanak sekali gus membawa kepada keadaan emosi kanak-kanak itu sendiri.
Waalaikumusalam saudari Fadhilah. Terima kasih kerana sudi membaca entri saya untuk tajuk ini. Secara kesimpulannya, kanak-kanak tidak perlu dikongkong dan diberi kebebasan dalam membuat segala aktiviti yang disukainya. Kebebasan yang dimaksudkan bukan bebas tidak dipedulikan tetapi masih lagi dalam pemerhatian dalam erti kata lain masih lagi dalam lingkungan. Saya juga setuju dengan apa yang dikatakan oleh saudari dimana kanak-kanak perlukan perhatian yang banyak dari orang sekelilingnya. Justeru itu, orang yang berada disekelilingnya perlu tunjukkan sikap atau tingkah laku yang positif didepan kanak- kanak kerana kanak-kanak ini lebih cepat belajar melalui melihat dan meniru. Saya juga bersetuju bahawa sebagai seorang dewasa, kita perlu tahu dengan siapa kanak-kanak ini berkawan kerana pengaruh rakan sebaya sememagnya kuat tidak kira dari segi apa pun. sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada saudari Fadhilah.
DeleteAssalamualaikum dan salam berdiskusi..
ReplyDeleteTajuk yang telah saudari kongsikan ini amat menarik dan saya juga turut ingin berkongsi berkenaan pendapat, isu, idea dan pandangan saya sendiri berkenaan topik perbincangan yang telah saudari nyatakan didalam forum terbuka ini.
Rakan sebaya dalam kalangan kanak-kanak amat besar pengaruhnya sehinggakan semua sikap rakan sebaya mereka akan diikuti. Pelbagai persepsi masyarakat bahawa rakan sebaya hanya kuat pengaruh dalam hal negatif sahaja. Tetapi pada pendapat saya, rakan sebaya boleh saja mempengaruhi rakan lain secara positif.
Rakan sebaya yang memiliki sikap positif secara semulajadi dapat mempengaruhi rakannya yang lain agar membuat perkara yang positif ataupun perbuatan yang tidak sumbang dimata masyarakat. Dalam hal ini, pembentukan sasiah dan perkembangan kanak-kanak haruslah dimulakan daripada rumah.
Keluarga atau ibubapa harus memainkan peranan memberi pendedahan awal tentang sikap positif, sebagai contoh ialah menghormati orang lain, membuat kerja sekolah, membantu ibu dan sebagainya. Disini dapat kita lihat peranan rakan sebaya sangat penting dalam pembentukan dan perkembangan sosioemosi remaja atau kanak.
Emosi dan sosial anak-anak juga haruslah seimbang. Hal ini demikian kerana, mereka juga mempunyai perasaan, gerak hati dan seumpamanya untuk memperbaiki tingkah laku secara positif.
Itu sahaja dari saya, diharap perkongsian yang sedikit ini mampu membantu kita semua memperolehi ilmu berkaitan topik kita pada kali ini.
Sekian dan terima Kasih.
terima kasih kerana sudi membaca blog saya. saya bersetuju dengan pendangan saudari berkenaan pengaruh rakan sebaya. memang benar tidak kesemua rakan sebaya hanya membawa ke jalan yang tidak baik. ada juga yang membawa ke jalan yang betul. cuma antara pandai untuk memilih kawan dengan tidak sahaja. ia juga akan berbalik kepada ibu bapa atau penjaga. baik yang ditunjukkan oleh ibubapa, bailah tingkah laku kanak-kanak ini. kanak-kanak juga perlukan rakan kerana dengan adanya rakan ini mereka akan bersosial dengan orang lain dengan cara bermain dan berkomunikasi. tidak hanya bergantung kepada ibu dan bapa. sekian terima kasih.
DeleteAssalamualaikum saudari,izinkan saya menyatakan serba sedikit pandangan saya mengenai topik ini.Dalam teori kematangan Arnold Gesell memfokuskan kepada kematangan individu di mana dalam proses kematangan ini ia dipengaruhi oleh dua faktor iaitu faktor baka dan persekitaran yang menjadi penggerak utama kepada pertumbuhan dan perkembangan fizikal kanak-kanak itu.Salah satu faktor persekitaran ialah rakan sebaya .Mengikut teori ekologi Bronfenbrenner pula , terdapat sistem yang berkait dengan topik ini iaitu mikrosistem.Mikrosistem ialah persekitaran yang dekat di mana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung dan paling banyak menghabiskan masa.Kanank-kanak ini berkembang ke arah yang lebih kompleks kerana terdapat banyak pengaruh luar.Setelah kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan,mereka akan mula berkenalan dengan ramai kawan baru.Pengaruh rakan sebaya ini boleh menjadi positif dan juga negatif.Jika baik budi rakan sebaya,maka nilai-nilai yang baik akan diterapkan dalam diri kanak-kanak itu.Jika buruk moral rakan sebaya , maka buruklah moral yang diterima dan diikuti oleh kanak-kanak tersebut.Sekian sahaja daripada saya untuk topik ini.
ReplyDeletewaalaikumusalam saudari aiyy nun. terima kasih kerana sudi membaca entri saya ini. saya bersetuju juga dengan pandangan saudari berkenaan topik ini. kanak-kanak sememangnya perlukan rakan sebaya dalam kehidupan seharian mereka. lumrah hidup bagi seorang kanak-kanak adalah untuk bermain tidak kira dengan siapa pun. tetapi lebih ideal sekiranya mereka mempunyai rakan yang lebih kurang umur mereka. rakan sebaya ini bukan sahaja untuk teman bermain, tetapi teman untuk berinteraksi dan bersosial. saya juga ada terbaca didalam teori kematangan Arnold Gesell itu. saya bersetuju dimana pengaruh rakan sebaya ini kadangkala ia boleh menjadi positif dan juga negatif. sekiranya rakan sebaya itu menunjukkan sikap yang positif contoh ternampak sampah di atas jalan dan mengutip lalu masukkan ke dalam bakul sampah, maka kemungkinan pada masa akan datang rakan yang melihatnya itu akan meniru perbuatan tersebut. sekiranya kanak-kanak ternampak rakannya mencuri barang rakan lain, maka tingkah laku yang tidak baik itu ditunjukkan kepada orang lain dan kemungkinan akan ada yang mengikutinya. sekian sahaja daripada saya. terima kasih kerana memberi serba sedikit komen untuk enrti saya.
DeleteAssalamualaikum saudari Mira. Saya ingin kongsi sedikit pendapat saya mengenai forum anda. Apa yang saya ketahui bahawa rakan sebaya merupakan kumpulan yang sama dari segi umur,pendidikan atau kelas sosial dan minat Kita sedia maklum bahawa kanak-kanak biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka. Untuk kanak-kanak , rakan sebaya terdiri daripada sekumpulan besar rakan-rakan mereka yang sama umur, kelas, jiran atau rakan sekerja. Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar. Kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan. Peranan rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Pada kebiasaannya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebayanya. Menurut Quek Miow Leng (2006), rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Rakan sebaya ini dapat mempengaruhi emosi kanak-kanak apabila mereka berada dalam sekelompak rakan sepermainaan mereka. Itu sahaja pendapat yang daapt saya kongsi dengan saudari. Terima kasih.
ReplyDeleteSaya setuju dengan apa yang awak cuba sampaikan. Perkembangan kanak-kanak sangat penting dan perlu diberikan sepenuh perhatian ibu bapa dan juga guru di sekolah kerana ini dapat memberikan mereka pengetahuan tentang peribadi rakan sebaya kanak-kanak demikian. Saya juga setuju bahawa pengaruh rakan sebaya memberikan impak yang mendalam dalam hidup mereka. Jadi, setiap ibubapa sentiasa mengharapkan supaya anak-anak mereka mempunyai pengaruh rakan sebaya yang positif yang dapat mendorong mereka menjadi insan yang lebih berguna dan juga dapat membantu rakan sebaya mereka yang lain.
ReplyDeleteterima kasih saudari Sina Fadzil kerana bersetuju dengan apa yang saya coretkan di dalam entri saya ini. secara kesimpulannya,pengaruh rakan sebaya ini sangat penting dalam proses perkembangan kanak-kanak selain faktor ibubapa dan persekitaran. bersetuju dengan saudari bahawa kanak-kanak ini juga akan dapat mengetahui tentang peribadi rakan sebaya contohnya adakah rakan ini membawa mereka ke arah positif mahupun ke arah negatif. sekian terima kasih kerana bersetuju dengan apa yang saya sampaikan di dalam entri ini.
Delete