Wednesday, 16 December 2015

Kesan Anak Yang Tidak Mempunyai Perapatan Dengan Bapa

              
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. 

              Maksud perapatan ialah hubungan kasih sayang yang berterusan dan berpanjangan serta kekal sepanjang hayat. Perapatan ini juga dapat membuatkan individu berasa selamat, selesa dan gembira berada di samping seseorang.  Ia terjadi sejak lahir iaitu semasa berada di dalam kandungan ibu lagi. Selain itu perapatan ini juga boleh terjalin di antara ibubapa, ahli keluarga, guru, rakan, jiran dan masyarakat.
 
             Ibu bapa adalah orang yang pertama yang bergelar guru kepada anak serta dalam pendidikan awal kanak- kanak. hubungan kasih sayang antara ibu bapa dan anak serta persekitaran boleh ditafsirkan sebagai perapatan.
 
             Pipp & Haromon (1987) menyatakan bahawa perapatan merupakan sejenis hubungan emosi yang kuat antara dua individu yang cuba dikekalkan melalui kemesraan fizikal seperti sentuhan, penglihatan, pendengaran, senyuman atau percakapan.
Dalam perkembangan emosi bayi, perapatan yang dibentuk
adalah di antara bayi dan penjaganya. Ikatan atau hubungan ini adalah untuk mendekatkan penjaga kepada dirinya bagi memenuhi keperluan-keperluan asas, keselamatan dan kasih sayang.
 
           Hubungan perapatan antara anak dengan ibu bapa adalah penting dalam membentuk peribadi serta untuk memupuk nilai-nilai murni di dalam diri kanak- kanak. Perapatan antara anak dan ayah sangat perlu bagi memastikan anak itu bukan sahaja mendapat perhatian dari ibunya malahan perhatian daripada bapanya sekali.
 
          Sekiranya anak tidak mempunyai perhubungan perapatan yang baik dengan bapa, pembentukkan nilai murni yang ingin diterapkan akan terjejas. Perapatan dengan ibu bapa ini boleh mempengaruhi sosioemosi anak. Berdasarkan pengalaman, saya dan ayah saya tidak begitu rapat kerana disebabkan faktor usia yang agak jauh. Memandangkan ayah saya seorang yang garang dan tegas, saya tidak begitu rapat dengannya. Adakalanya apa yang dicakap oleh ayah, saya tidak mengambil kira tetapi saya lebih mendengar kata ibu saya. Itu antara contoh dan kesan apabila berlakunya anak tidak mempunyai perapatan dengan bapa.  Semasa berada di zaman kanak-kanak, saya rapat. Semakin meningkat umur semakin ada jurang antara kami. Tetapi itu bukanlah alasan untuk saya tidak menyukai ayah sendiri. Saya begitu sayangkan ayah saya tetapi faktor usia yang membuatkan saya dan ayah tidak rapat. Kini, segala perkara yang berlaku, ibu saya lah yang akan saya cari dahulu.
 
           Kesimpulannya, perapatan antara anak dan ayah sememangnya penting dari lahirnya seorang anak itu. Seorang anak tidak boleh hanya bergantung kepada ibu tetapi bapa juga perlu memainkan peranannya sebagai seorang bapa.

Sekian dahulu entri saya. Wasalam. 



10 comments:

  1. Assalamualaikum saudari ,saya ingin berkongsi sedikit pendapat saya tentang topik ini.Masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak jika mereka tidak mempunyai perhubungan yang rapat dengan bapa antaranya ialah kanak-kanak tidak mempunyai teman setia untuk didampingi dan membantu anak dalam menyelesaikan masalah.Hal ini akan menyebabkan kanank-kanak akan mencari orang luar untuk berkongsi hal peribadi.Jika mereka bergaul dengan orang yang baik,maka itu tidak menjadi masalah.Pada zaman sekarang,dikhuatiri kanak-kanak ini bergaul dengan orang yang tidak bermoral.Selain itu,kesan lain yang mungkin timbul ialah kanak-kanak akan kurang pendedahan disiplin yang selalunya ditunjukkan oleh perwatakan bapa.Seorang bapa mempunyai personaliti yang tegas.Hal ini akan membuatkan anak-anak lebih berdisiplin dalam melakukan apa-apa tugasan.Dalam pada itu,bapa seharusnya tegas tetapi bersifat penyayang.Oleh itu,kanak-kanak akan sentiasa patuh dan berbakti kepada bapa.Tambahan pula,jika kanak-kanak lebih mendampingi ibu daripada bapa,akan menyebabkan kanak-kanak terlebih manja.Hal ini demikian kerana sifat ibu yang semula jadi seorang yang penyayang akan mengikut kehendak si anak.Kesan jika anak terlebih manja akan memberi kesan yang negatif kepada si anak kelak.Sekian daripada saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cik Aiyy Nun kerana berkongsi pendapat bersama saya. benar dan saya bersetuju dengan apa yang disampaikan oleh saudari iaitu kanak-kanak tidak mempunyai teman setia untuk didampingi dan membantu anak dalam menyelesaikan masalah.Hal ini akan menyebabkan kanank-kanak akan mencari orang luar untuk berkongsi hal peribadi. berdasarkan pengalamn, saya juga begitu. adakalanya saya juga mencari orang luar untuk beluahkan perasaan. Jika mereka bergaul dengan orang yang baik,maka itu tidak menjadi masalah.berdasarkan pengalaman saya lagi, syukur alhamdulillah kerana saya mempunyai kawan yang baik dan sentiasa menyokong dan memberikan pendapat yang baik. Pada zaman sekarang,dikhuatiri kanak-kanak ini bergaul dengan orang yang tidak bermoral.Selain itu,kesan lain yang mungkin timbul ialah kanak-kanak akan kurang pendedahan disiplin yang selalunya ditunjukkan oleh perwatakan bapa.Seorang bapa mempunyai personaliti yang tegas. saya bersetuju dengan pendapat yang ini.Hal ini akan membuatkan anak-anak lebih berdisiplin dalam melakukan apa-apa tugasan.Dalam pada itu,bapa seharusnya tegas tetapi bersifat penyayang.Oleh itu,kanak-kanak akan sentiasa patuh dan berbakti kepada bapa.Tambahan pula,jika kanak-kanak lebih mendampingi ibu daripada bapa,akan menyebabkan kanak-kanak terlebih manja.Hal ini demikian kerana sifat ibu yang semula jadi seorang yang penyayang akan mengikut kehendak si anak.Kesan jika anak terlebih manja akan memberi kesan yang negatif kepada si anak kelak. terima kasih.

      Delete
  2. Assalamualaikum kepada saudari Mira. Saya ingin berkongsi sedikit pendapat saya mengenai forum anda. Saya ingin berkongsi sedikit pendapat saya tentang hubungan perapatan jika tiadanya antara bapa dan anak. Apa yang kita tahu perapatan merupakan hubungan kasih-sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. Ia berfungsi untuk memberi rasa selamat, selesa dan seronok kepada seseorang dalam perhubungannya dengan individu lain. Oleh sebab perapatan awal, iaitu pada zaman kanak-kanak mempengaruhi hubungan emosi individu pada masa akan datang, maka ibu bapa dan guru-guru mesti memahami bagaimana perapatan mempengaruhi pembentukan emosi kanak-kanak. Hubungan emosi yang berbentuk kasih-sayang ini adalah berpanjangan dan kekal sepanjang hayat. Melalui interaksi dengan ibu bapa seterusnya dengan ahli keluarga, rakan-rakan, jiran-jiran, guru-guru dan masyarakat di sekeliling, gaya perapatan seseorang itu akan terbentuk. Komunikasi yang berkesan antara bapa dan anak adalah penting, bila tiadanya hubungan perapatan anak dan bapa mereka akan berkurangnya komunikasi. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih saudari Sue kerana sudi membaca dan berkongsi sedikit pendapat. saya bersetuju dengan pendapat anda bahawa kasih sayang seorang ayah adalah sepanjang hayat kepada anak-anak. dengan adanya individu yang bernama bapa, anak-anak akan berasa selamat dan ada ketua yang akan mengetuai segala aktiviti yang diajalankan. untuk membuatkan anak rapat dengan bapa perlu dibuat dari awal seawal usia anak-anak. bapa perlu bersikap terbuka dalam mendidik anak supaya anak berasa selesa untuk berkomunikasi ataupun melakukan aktiviti bersama. andainya bapa itu bersifat demokratik, maka anak akan berasa selesa. sekiranya bapa bersifat autokratik, anak- anak tidak boleh bersuara ataupun menyampaikan apa yang tersirat dihati. sekian. sekali lagi terima kasih saudari Sue kerana berkongsi pendapat dengan saya di dalam entri ini.

      Delete
  3. assalamualaikum saudari, saya ingin memberi sedikit perkongsian terhadap tajuk forum yang saudari kupaskan. Seorang kanak-kanak memerlukan seorang bapa. Bapa dikenali sebagai ketua di dalam institusi sesebuah keluarga. Jika seorang bapa mahukan anaknya patuh akan apa yang disuruh olehnya, seorang bapa haruslah bijak dalam menjalankan hubungan perapatan dengan anaknya. Jika tiada hubungan perapatan tersebut, sudah pastinya anak akan menghadapi pelbagai masalah dalaman mahupun luaran. Terdapat pelbagai cara yang boleh kita lakukan unutk merapatkan hubungan perapatan tersebut , antaranya ialah gotong-royong bersama keluarga, ayah hendaklah tidak berputus asa dalam melayan karenah anak-anak dan sebagainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam saudari Adek. terima kasih kerana sudi membaca. saya bersetuju dengan saudari bahawa seorang kanak-kanak sememangnya memerlukan seorang bapa. itu tidak dinafikan. bapa juga dikenali sebagai ketua di dalam sebuah institusi keluarga. bapa lah yang akan mengetua segala jalan di dalam keluarga. berdasarkan pengalaman, pernah juga saya cuba untuk berborak dengan bapa saya tetapi komunikasi itu diakhiri dengan tidak berapa baik. bapa juga tidak pandai mengambil hati anak bagaimana ada komunikasi dua hala yang baik. kami cuma bercakap untuk perkara yang penting sahaja contoh seperti pelajaran. yang lain-lain saya banyak berkomunikasi bersama ibu. sekian sahaja dan terima kasih lagi sekali saudari Adek.

      Delete
  4. Assalamualaikum saudari. Saya tertarik dengan isu tajuk forum saudari. Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya berkenaan dengan hubungan perapatan dengan bapa. Sejak dari kecil, saya tidak pernah berenggang dengan bapa saya. Kami mempunyai hubungan yang sangat rapat malah saya merupakan anak manja. ketika di usia belasan tahun, ayah saya terpaksa berpindah menyebabkan kami hanya bertemu seminggu atau dua minggu sekali iaitu pada hujung minggu. Sejak dari itu, kami kurang berkomunikasi dan lama-kelamaan hubungan itu menjadi janggal. Namun setelah bapa saya berpencen, kami mula menunjukkan perubahan positif. Bapa saya sudah mahu bersembang tanpa mengira topik. Berdasarkan situasi yang saya hadapi, saya dapat rumuskan bahawa komunikasi menjadi tunggak utama dalam hubungan perapatan. Melalui komunikasi, ibu bapa dapat membimbing dan memberi didikan yang bersesuaian dengan anak-anak. Komunikasi juga oenting supaya ibu bapa tahu apa yang diperlukan oleh anak-anak mereka agar tidak berlaku perkara yang negatif dalam diri anak-anak. Di kesempatan ini saya ingin menyeru kepada semua ibu bapa, bentuklah komunikasi yang baik dengan anak-anak supaya mereka tidak berasa dipinggirkan dan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak normal yang lain. Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusalam saudari Asyikin. terima kasih kerana sudi membaca dan berkongsi pengalaman bersama saya kerana saya juga mempunyai pengalaman tersendiri sebagai mana saya ceritakan di atas. saya bersetuju juga dengan saudari iaitu komunikasi adalah salah satu cara untuk membuatkan ibu bapa rapat dengan anak-anak. kadangkala ibu bapa perlu bersikap terbuka dengan anak-anak supaya anak-anak berasa selesa untuk berkongsi masalah ataupun cerita harian mereka. kerana ibu bapa adalah orang yang paling rapat dengan mereka selepas rakan sebaya. pada pendapat saya sekiranya ayah saya bersifat penyayang kemungkinan saya akan berasa selesa untuk berkongsi suka dan duka. malangnya tidak. ayah saya tidak bersifat terbuka ini membuatkan saya lebih cenderung kepada ibu. ibu yang banyak memainkan peranan dalam membentuk nilai-nilai murni di dalam kehidupan seharian saya. sekian terima kasih.

      Delete
  5. Assalamualaikum, saya ingin memberikan sedikit pendapat tentang apa yang telah saudari nyatakan. Hubungan antara anak-anak dan ibu bapa amat penting dalam perkembangan mental mereka. Ia boleh diterapkan dari kecil oleh ibu bapa sifat penyayang dan digalakkan mempunyai hubungan yang akrab dengan anak-anak. Pengaruh pekerjaan tidak patut menjadi halangan untuk meluangkan masa bersama anak mereka kerana saya percaya kualiti masa yang terluang bersama keluarga adalah lebih penting daripada kuantiti masa yang diberikan kepada anak-anak. Jika ini dapat dipraktikkan, tidak mustahil kasih sayang dan rasa hormat antara satu sama lain di dalam keluarga menjadi sangat kuat dan erat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih saudari sina fadzil. saya juga dengan pendaat saudari tentang faktor pekerjaan bukanlah salah satu faktor yang membuatkan hubungan anak dengan ibu bapa. tetapi desakan hidup dan kearusan teknologi zaman moden ini menyebabkan ibubapa perlu bekerja lebih bagi menampung perbelanjaan keluarganya. cuma ibu bapa perlu bijak membahagikan masa untuk bersama keluarga kerana ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting didalam proses perkembangan kanak-kanak. sekian terima kasih.

      Delete