Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada
pembaca sekalian..
Entri saya pada kali ini saya akan menyentuh
tentang kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan
intelek dalam dunia pekerjaan.
Kecerdasan emosi berkait rapat dengan
emosi mental seseorang individu. Selain itu kecerdasan emosi ini juga
dirujuk kemampuan individu dalam mengawal emosi serta berkait denagn daya
ketahanan diri, penentuan, memotivasikan diri dan lain-lain lagi. Ianya
merupakan salah satu kemahiran untuk memahami, menghayati dan merasai dimana mampu memahami atau memproses maklumat
emosi. Menurut Cooper (1997), individu yang mempunyai kecerdasan emosi yang
tinggi ini dapat menjalinkan hubungan
yang lebih bersifat kemasnusiaan, mewujudkan kepercayaan orang lain kepada
kita, menghasilkan kreativiti dan boleh mempengaruhi orang lain.
Perbezaannya dengan orang yang mempunyai kecerdasan
intelek ialah individu yang mempunyai kecerdasan intelek ini individu yang
cepat belajar. Bagi sahaja tahap kesusahan soalan, pasti mampu diselesaikan.
Selain itu digunakan untuk meguji tahap minda. Semakin tinggi IQ semakin tinggi
tahap kebijaksaaannya. IQ tidak dapat diperkembangkan dan dikurangkan.
Berdasarkan pengalaman, saya mempunyai seorang sepupu yang bijak. IQ nya sangat
bagus tetapi EQ nya rendah. Kadangkala individu ini tidak menghormati orang
lain seperti pakcik dan makciknya sendiri. Sedangkan orang lain boleh kenapa
individu ini tidak boleh.
Kesimpulannya, kecerdasan emosi dan sosial ini
perlu selari dengan kecerdasan intelek supaya mampu meningkatkan potensi diri
dalam mencapai kejayaan.
assalamulaikum saudari, saya agak tertarik dengan isu yang saudari kupaskan. Saya setuju bahawa kecerdasan emosi dan sosial perlu selari dengan kecerdasan intelek. Saya ingin memberi sedikit pendapat saya tentang isu yang anda kupaskan.
ReplyDeletePada pendapat saya, kecerdasan intelek lebih penting dari kecerdasan emosi dan sosial. Hal ini kerana, intelek adalah IQ dan IQ adalah ilmu pengetahuan. Dengan adanya ilmu pengetahuan yang luas, secara automatiknya akan dapat mengawal emosi dan sosial dengan baik. Kita tahu, intelek didefinisikan sebagai daya berfikir, memahami dan menganalisi sesuatu perkara. dari difenisi tersebut kita boleh ringkaskan bahawa, intelek lebih penting dari emosi dan sosial kerana seorang yang bijak pandai akan berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara dan mampu mengawal emosi jika berlakunya sesuatu yang tidak diingininya. itu sahaja dari saya. terima kasih :)
terima kasih saudari Adek kerana membaca dan memberikan pendapat saudari. saya tidak berapa setuju dengan saudari yang mengatakan IQ adalah lebih penting daripada EQ. hal ini kerana, pada pendapat saya IQ dan EQ perlu seimbang dalam membentuk personaliti dan untuk mencapai kejayaan. memang betul perlu mempunyai IQ dalam berjaya tetapi apa guna sekiranya berjaya tetapi tiada rasa hormat kepada orang yang lebih tua, tiada adab semasa bercakap dengan orang yang lebih tua. berkawan juga dengan orang yang bijak IQ sahaja dan memilih kawan. saya beri contoh ini berdasarkan pengalaman. sedih melihat individu yang mempunyai IQ tinggi tetapi tidak pandai untuk menghormati orang lain dan kadangkala tidak bersosial dengan orang lain. sekian terima kasih.
DeleteAssalamualaikum saudari. Izikan saya memberi pandangan saya. Berdasarkan pendapat yang diutarakan oleh saudari Adek, saya kurang bersetuju dengan pernyataan di mana kecerdasan intelek lebih penting dari kecerdasan emosi dan kecerdasan sosial. Dalam konteks islam, akal dan fikiran adalah dua aspekyang berbeza. Intelek merupakan sesuatu yang terbina berdasarkan fikiran manakala sosial dan emosi terlahir dari akal. Tanpa akal, manusia tidak mampu berfikir secara rasional. Ketinggian IQ masih belum cukup untuk menunjukkan keperibadian seseorang sama ada positif atau negatif. Bagi bidang pekerjaan, saya bertegas bahawa seseorang pekerja perlu memiliki kecerdasan intelek dan kecerdasan sosial yang lebih tinggi berbanding kecerdasan intelek supaya kerja yang dipertanggungjawabkan itu dapat dilakukan dengan lebih lancar dan ikhlas. Kecerdasan emosi dan sosial mampu mendorong seseorang individu untuk meningkatkan lagi kualiti kerja ke tahap yang optimum. Berbanding dengan kecerdasan intelek, individu akan meletakkan matlamat yang tinggi tapi mengecapinya tanpa memikirkan orang lain. Sekian sahaja dari saya, terima kasih.
ReplyDeleteterima kasih saudari Asyikin kerana membaca dan memberi pendapat. saya bersetuju dengan pendapat saudari.Dalam konteks islam, akal dan fikiran adalah dua aspek yang berbeza. Intelek merupakan sesuatu yang terbina berdasarkan fikiran manakala sosial dan emosi terlahir dari akal. Tanpa akal, manusia tidak mampu berfikir secara rasional. Ketinggian IQ masih belum cukup untuk menunjukkan keperibadian seseorang sama ada positif atau negatif. Bagi bidang pekerjaan, saya bertegas bahawa seseorang pekerja perlu memiliki kecerdasan intelek dan kecerdasan sosial yang lebih tinggi berbanding kecerdasan intelek supaya kerja yang dipertanggungjawabkan itu dapat dilakukan dengan lebih lancar dan ikhlas. Kecerdasan emosi dan sosial mampu mendorong seseorang individu untuk meningkatkan lagi kualiti kerja ke tahap yang optimum. Berbanding dengan kecerdasan intelek, individu akan meletakkan matlamat yang tinggi tapi mengecapinya tanpa memikirkan orang lain. kesimpulannya, di dalam dunia perkerjaan sekarang, kedua-dua kecerdasan diperlukan bagi seimbang.
DeleteSalam saudari. Saya agak tertarik dengan ruang bicara yang saudari buka ini. Sememangnya emosi, sosial dan intelek adalah penting di dunia pekerjaan terapi jika dibandingkan antara satu sama yang lain, kecerdasan sosial dan emosi lebih penting berbanding dengan kecerdasan intelektual sahaja. Kecerdasan sosial dan emosi mempengaruhi daya kualiti kerja seseorang secara langsung. Kemahiran insaniah yang mereka miliki adalah seperti praktikal yang mereka lakukan sendiri dan mereka sudah pernah merasakan suasana kerja tersebut secara tidak langsung dan seterusnya mudah bagi mereka untuk mengaplikasikan pengalaman mereka ketika mereka melakukan kerja. Dari segi kecerdasan intelektual pula, mereka hanya mengetahui secara teori apa yang mereka harus lakukan tetapi masih tidak mempunyai pengalaman dalam apa yang mereka pelajari. Hal ini membuatkan mereka tidak biasa dengan suasana kerja walaupun mereka mempunyai pengetahuan yang banyak. Sekian dan terima kasih .
ReplyDeleteterima kasih cik Era kerana sudi membaca entri saya. secara umumnya, pada masa kini jika hanya memiliki kecerdasan intelek tanpa mempunyai kecerdasan emosi dan sosial agak susah untuk mendapatkan pekerjaan. ini kerana, setiap individu perlu mempunyai kedua-dua kecerdasan. zaman dahulu mungkin senang untuk mendapatkan pekerjaan tetapi pada masa kini peluang pekerjaan sangat terhad. orang yang mempunyai kecerdasan emosi dan sosial lebih dipandang tinggi oleh beberapa sektor kerana mereka ini mempunyai nilai-nilai murni, mampu mendengar kata, tidak melawan, mempunyai keinginan belajar sekiranya terasa dirinya kurang, senang bekerjasama dengan orang lain. zaman sekarang orang lebih memandang kepada bakat yang sedia ada berbanding IQ yang tinggi. ini jelas terbukti apabila ada segelintir rakan-rakan saya yang sudah mempunyai degree tetapi sampai sekarang masih menjadi penganggur sedangkan mereka mempunyai kelulusan yang baik dalam bidang kejuteraan. kesimpulannya, kedua-dua kecerdasan ini perlu seimbang dalam kehidupan seharian.
DeleteSalam satu Malaysia cik Zumira, pada pendapat saya,dalam dunia pekerjaan memang memerlukan keupayaan-keupayaan yang telah anda nyatakan itu. Disini saya tidak begitu setuju jika dalam dunia pekerjaan hanya mementingkan kecerdasan emosi dan sosial sahaja.Saya katakan begini kerana menurut kajian, kecerdasan intelek itu sangat penting dan perlu ada dalam setiap individu iaitu keupayaan berfikir untuk menyelesaikan masalah kerja. Kualiti kerja akan lebih baik lagi dengan adanya kecerdasan emosi dan sosial. Jadi ketiga-tiga kecerdasan itu adalah sama penting dalam dunia pekerjaan.
ReplyDeleteSekian.
selamat sejahtera cik Raita. terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca entri saya ini. disini saya menghormati pendapat cik Raita. pada pendapat saya, memang benar kecerdasan intelek itu penting dan setuju dengan pendapat cik Raita. cumanya, apabila individu yang mempunyai kecerdasan intelek ini kadangkala tidak pandai untuk bersosial dengan orang lain. mereka akan duduk didalam dunia mereka sendiri. mereka hanya fikir mereka sudah cukup bagus dalam melakukan semua pekerjaan. zaman sekarang, kecerdasan intelek dan kecerdasan emosi serta sosial perlu ada dalam memperkembangkan potensi diri untuk mencapai kejayaan. sekian terima kasih.
Delete