Assalamualaikum
dan selamat sejahtera kepada pembaca sekalian..
Entri saya pada kali ini saya akan membincangkan pandangan saya dan anda sendiri mengenai keadaan
mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia. Adakah mereka ini
menghadapi keadaan stress yang tinggi? Menurut pandangan saya, ya, kanak-kanak
di Malaysia pada zaman kini mengalami stress masing-masing. Mari sama-sama membincangkan
pandangan mengenai isu ini.
Apa itu KESIHATAN MENTAL?
Dari apa yang saya faham, kesihatan mental merujuk sebagai kebolehan
seseorang menyelesaikan masalah, memenuhi keperluan seseorang untuk menyayang
dan bekerja, menyesuaikan diri dengan krisis dan mengekalkan tahap kesihatan
diri atau sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Apa
itu STRESS?
Dr Han. Style mendefinasikan teori stress
ataupun tekanan perasaan sebagai “sesuatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri
seseorang yang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya”. Stress juga
ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih perwatakan
oleh kanak-kanak. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan stress sebagai
akibat konflik yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau
perlakuan tertentu.
Gangguan stress akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupan
seseorang kanak-kanak. Menurut Terri Mauro (2004), Antara punca berlakunya
stress dalam kalangan kanak-kanak adalah disebabkan persekitaran sekolah,
peristiwa dalam keluarga, pengaruh rakan sebaya, tindakan guru dan lain-lain.
Melalui persekitaran sekolah, kanak-kanak mendapat gangguan stress
berpunca dari keadaan persekitaran sekolah yang tidak kondusif. Sebagai contoh,
gangguan itu mungkin berlaku akibat masalah kesesakan di dalam kelas yang boleh
mewujudkan kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin. Hal ini selaras
dengan pendapat dari Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling dan Psikologi
Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM, Prof.Madya Dr. Rusnani Abdul
Kadir yang mendapati bahawa kecenderungan kea rah perlakuan negative wujud
kerana dipengaruhi unsure rangsangan di sekeliling mereka. Ini bermaksud murid
mungkin melakukan kesalahan akibat daripada suasana persekitaran yang tidak
kondusif dan menggangu emosi mereka.
Selain itu, peristiwa dalam keluarga juga akan menjadi punca kanak-kanak
mengalami stress. Peristiwa dalam keluarga selalunya melibatkan perubahan
yang besar dan penyesuaian dalam kehidupan murid. Peristiwa dalam hidup
berkemungkinan bersifat positif atau negatif serta melibatkan diri sendiri atau
orang yang tersayang. Contohnya, peristiwa negatif seperti penderaan,
penceraian ibu bapa, kemalangan dan kematian. Bagi yang positif pula
seperti seorang ibu telah mengandung, kenaikan pangkat dalam kerjaya dan
berpindah rumah. Peristiwa-peristiwa ini memberi kesan ke atas masalah
emosi seseorang kanak-kanak.
Seterusnya, keluarga yang sering bertengkar,
bergaduh dan kurang mesra, tidak menaruh minat terhadap anak-anak akan membawa
keadaan gangguan emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil.
Dari segi tingkah laku, kanak-kanak berkenaan mungkin akan bertindak
berlainan di antara satu sama lain. Sesetengahnya ada yang menjadi kaku,
ada juga yang tidak menunjukkan sebarang reaksi atau emosi.
Tiada seorang individu pun yang tidak akan
mengalami masalah stress. Semua yang hidup pasti akan merasai masalah stress
tidak kepada kanak-kanak sahaja. Dengan ini, sebagai seorang dewasa, kita perlu
pandai mengawal tahap stress. Sekiranya kita mampu mengawal tahap stress kita,
kita juga mampu dan boleh membantu kanak-kanak daripada mengalami masalah
stress.
Sekian sahaja entri pada hari ini. Sila tinggalkan
pandangan anda tentang entri kali ini. Terima kasih.
Assalamualaikum saudari, selamat petang,
ReplyDeleteSaya tetarik dengan tajuk forum anda. Saya ingin memberi sedikit pendapat mengenai isu ini. Dalam situasi kanak-kanak menghadapi stress, iaitu tekanan, ibu bapa dan orang-orang yang rapat dengannya haruslah ada di sisi mereka. Hal kerana, stress berlaku terhadap kanak-kanak kerana ibu bapa kurang memahami keperluan mereka. Misalnya, kanak-kanak tersebut kurang kasih sayang, tidak dapat mencapai apa yang dihasratkan oleh ibu bapa nya, pergerakkan keseronok mereka disekat dan sebagainya. Oleh sebab itu, ibu bapa haruslah mengetahui had tahap pencapaian anak-anak mengikut tahap umur dan IQ anak-anak tersebut dan boleh memenuhi keperluan keseronokkan zaman kanak-kanak mereka yang bersesuaian.
terima kasih kerana sudi membaca entri saya ini saudari Adek. saya juga bersetuju dengan pendapat saudari Adek dimana kanak-kanak prasekolah mahupun pelajar sekolah rendah zaman sekarang mengalami masalah stress yang agak kritikal. ini disebabkan oleh peningkatan zaman. kanak-kanak ini terpaksa memerah fikiran mereka sejak di bangku prasekolah bagi memastikan mereka mendapat keputusan yang cemerlang dan dapat membangga ibu bapa selain kejayaan yang diperoleh anak-anak itu menjadi satu trand kepada ibu bapa. ibubapa berlumba-lumba anak siapa yang paling bijak adalah salah satu lagi faktor. kadang kala ibu bapa sendiri yang menekan anak- anak mereka. sekian terima kasih.
DeleteAssalamualaikum saudari Zumira. Saya ingin mengulas serba sedikit berkenaan tekanan yang dihadapi oleh kanak-kanak di negara kita. Kanak-kanak pra sekolah mahupun sekolah rendah masing-masing mempunyai masalah yang menyebabkan mereka berhadapan dengan tekanan. Banyak faktor yang menjadi punca kepada stress tersebut. Antaranya ialah masalah pergaduhan ibu bapa, ibu bapa bercerai, kurang mendapat perhatian, dan sebagainya. Kebanyakan masalah berpunca dari ibu bapa sendiri. Saya sering melihat isu-isu semasa berkenaan masalah rumah tangga banyak dipaparkan di surat khabar mahupun televisyen. Isu ini seterusnya akan memberi kesan kepada kanak-kanak. Seperti yang kita sedia tahu, ibu bapa merupakan individu utama dalam menyampaikan pendidikan kepada anak-anak. Tanpa bimbingan ibu bapa, kanak-kanak tidak akan mampu membentuk keperibadian yang positif dalam diri mereka sehinggu tercetusnya masalah tekanan yang tinggi.
ReplyDeleteselamat malam saudari Asyikin. terima kasih kerana membaca. saya bersetuju dengan pendapat saudari berkenaan faktor yang menjadi punca kenapa kanak-kanak ini mengalami masalah stress seawal usia mereka. selain faktor ibu bapa, kanak- kanak ini ditekan dalam mencapai target yang diletakkan oleh kementerian. guru terpaksa mengajar dengan cepat untuk menghabiskan seilibus disekolah tetapi kanak-kanak masih tidak dapat memahami dengan jelas. kanak-kanak ini yang menjadi mangsa. jadi ibu bapa dan guru perlu pandai mengawal tahap stress dan dalam masa sama membantu kanak-kanak ini dalam menangani masalah stress yang dihadapi oleh mereka. sekian terima kasih.
DeleteSalam sejahtera, pada pendapat saya stress dalam kalangan kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia masih di tahap yang tidak membimbangkan. Namun stress boleh berlaku kepada mereka apabila mereka terdedah kepada peristiwa yang boleh menyumbang kepada berlakunya stress dalam kalangan mereka. Sebagai contoh, stress boleh berlaku kepada mereka apabila mereka dibandingkan dengan adik-beradik mereka yang lain mahupun dengan kawan-kawan mereka. Selain itu, terdapat ibubapa yang akan meletakkan harapan yang tinggi kepada anak-anak mereka menyebabkan kanak-kanak akan berasa stress untuk memenuhi kehendak ibubapa mereka. Di sekolah pula, kanak-kanak prasekolah mahupun sekolah rendah akan berhadapan dengan stress apabila mereka diejek oleh rakan-rakan mereka yang lain, dihukum oleh guru dan dibuli. Mereka akan berasa tersisih dan seterusnya akan mememencilkan diri mereka dan tidak akan bergaul dengan sesiapa. Hal ini boleh menyebabkan mereka mendapat kemurungan dan stress. Oleh itu, ibubapa mahupun guru seharusnya berganding bahu untuk sentiasa peka dalam mengawasi perubahan tingkah laku kanak-kanak bagi mengelakkan mereka mendapat stress yang teruk. Terima kasih.
ReplyDeletesalam sejahtera cik Era. terima kasih kerana meluangkan masa membaca entri saya ini. saya kurang bersetuju dengan pendapat cik Era yang mengatakan tahap stress kanak-kanak di Malaysia ini masih di tahap yang tidak membimbangkan. pada saya, tahap stress kanak-kanak ini ditahap yang membimbangkan. saya bersetuju dengan contoh yang diberikan oleh cik Era iaitu stress ini boleh berlaku sekiranya mereka ini dibandingkan dengan adik beradik atau pun dengan kawan-kawan. berdasarkan pengalaman saya sendiri, saya mempunyai tiga orang sepupu yang sebaya. antara kami bertiga hanya dua orang sepupu saya mempunyai IQ yang tinggi. tetapi saya memiliki IQ yang rendah. apa yang saya cub sampaikan disini ialah ahli keluarga saya selalu membandingkan saya dengan sepupu saya. sampai satu masa, saya berasa rimas dan kadang kala berasa stress apabila asyik dibandingkan setiap kali tibanya peperiksaan yang besar. selain itu ayah juga selalu membandingkan saya dengan kawan-kawan anaknya. tetapi itu tidak mematahkan semangat saya untuk teruskan belajar. saya cuba buktikan kepada semua bahawa saya juga mampu berjaya. tetapi dengan adanya sokongan dari ibu, saya mampun mengatasi stress itu. dan tidak lupa juga kepada cikgu dan pensyarah yang selalu memberi sokongan dan nasihat. kesimpulannya, peranan ibu bapa dan guru sangat penting dalam membantu kanak-kanak ini mengatasi masalah stress. sekian terima kasih.
DeleteSalam sejahtera cik Zumira, izinkan saya untuk memberi pendapat tentang tajuk yang diutarakan oleh anda dalam ruang bicara ini. Menurut kamus dewan edisi ke-empat, stres merupakan keadaan dimana seseorang itu merasa resah, cemas dan tegang. Tidak dinafikan juga bahawa persekitaran turut mempengaruhi keadaan mental kanak-kanak. Seperti yang anda jelaskan tadi, stres kanak-kanak terbentuk akibat persekitaran keluarga yang sering bertengkar dan bergadu. Keadaan seperti itu memang menganggu emosi kanak-kanak walaupun mereka kurang tahu tentang hal keluarga. Mereka akan merasa sangat terganggu dengan keadaan tersebut, kesannya akan membuat anak itu menjadi diam, takut dan sebagainya. Kanak-kanak stres tidak seperti orang dewasa, mereka hanya tahu menangis apabila resah dengan keadaan sekeliling.
ReplyDeleteSekian.
selamat malam dan selamat sejahtera cik Raita. terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entri saya. faktor ibu bapa adalah salah satu punca mengapa kanak-kanak mengalami stress. ada ibubapa yang sering bertengkar di depan anak-anak membuatkan anak-anak ini menjadi stress kerana ibu bapa kadang-kadang melepaskan amarah mereka kepada anak-anak. situasi ini akan membuatkan anak-anak diam dan takut. kemudian mereka tidak ada tempat untuk mangadu masalah mereka jadi mereka akan pendam dalam diri. jadi sekiranya ibu bapa ingin bertengkar, elakkan bertengkar di depan anak-anak kerana ibu bapa adalah role model kepada mereka. sekiranya ibu bapa ini mampu mengawal tahap stress, kanak-kanak akan berasa selamat dan kemungkinan mereka kurang mengalami stress dengan adanya sokongan daripada ibu bapa. selain itu, guru juga perlu bijak menangani kanak-kanak yang menghadapi stress dan bukan ditekannya lagi kanak-kanak itu. selain ibu bapa, kanak-kanak ini mempunyai guru untuk mereka meluahkan perasaan dan emosi mereka. sekian terima kasih.
ReplyDelete