Assalamualaikum
dan selamat sejahtera kepada pembaca sekalian..
Entri saya pada kali ini saya akan membincangkan pandangan saya dan anda sendiri mengenai keadaan
mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia. Adakah mereka ini
menghadapi keadaan stress yang tinggi? Menurut pandangan saya, ya, kanak-kanak
di Malaysia pada zaman kini mengalami stress masing-masing. Mari sama-sama membincangkan
pandangan mengenai isu ini.
Apa itu KESIHATAN MENTAL?
Dari apa yang saya faham, kesihatan mental merujuk sebagai kebolehan
seseorang menyelesaikan masalah, memenuhi keperluan seseorang untuk menyayang
dan bekerja, menyesuaikan diri dengan krisis dan mengekalkan tahap kesihatan
diri atau sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
Apa
itu STRESS?
Dr Han. Style mendefinasikan teori stress
ataupun tekanan perasaan sebagai “sesuatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri
seseorang yang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya”. Stress juga
ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih perwatakan
oleh kanak-kanak. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan stress sebagai
akibat konflik yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau
perlakuan tertentu.
Gangguan stress akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupan
seseorang kanak-kanak. Menurut Terri Mauro (2004), Antara punca berlakunya
stress dalam kalangan kanak-kanak adalah disebabkan persekitaran sekolah,
peristiwa dalam keluarga, pengaruh rakan sebaya, tindakan guru dan lain-lain.
Melalui persekitaran sekolah, kanak-kanak mendapat gangguan stress
berpunca dari keadaan persekitaran sekolah yang tidak kondusif. Sebagai contoh,
gangguan itu mungkin berlaku akibat masalah kesesakan di dalam kelas yang boleh
mewujudkan kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin. Hal ini selaras
dengan pendapat dari Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling dan Psikologi
Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM, Prof.Madya Dr. Rusnani Abdul
Kadir yang mendapati bahawa kecenderungan kea rah perlakuan negative wujud
kerana dipengaruhi unsure rangsangan di sekeliling mereka. Ini bermaksud murid
mungkin melakukan kesalahan akibat daripada suasana persekitaran yang tidak
kondusif dan menggangu emosi mereka.
Selain itu, peristiwa dalam keluarga juga akan menjadi punca kanak-kanak
mengalami stress. Peristiwa dalam keluarga selalunya melibatkan perubahan
yang besar dan penyesuaian dalam kehidupan murid. Peristiwa dalam hidup
berkemungkinan bersifat positif atau negatif serta melibatkan diri sendiri atau
orang yang tersayang. Contohnya, peristiwa negatif seperti penderaan,
penceraian ibu bapa, kemalangan dan kematian. Bagi yang positif pula
seperti seorang ibu telah mengandung, kenaikan pangkat dalam kerjaya dan
berpindah rumah. Peristiwa-peristiwa ini memberi kesan ke atas masalah
emosi seseorang kanak-kanak.
Seterusnya, keluarga yang sering bertengkar,
bergaduh dan kurang mesra, tidak menaruh minat terhadap anak-anak akan membawa
keadaan gangguan emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil.
Dari segi tingkah laku, kanak-kanak berkenaan mungkin akan bertindak
berlainan di antara satu sama lain. Sesetengahnya ada yang menjadi kaku,
ada juga yang tidak menunjukkan sebarang reaksi atau emosi.
Tiada seorang individu pun yang tidak akan
mengalami masalah stress. Semua yang hidup pasti akan merasai masalah stress
tidak kepada kanak-kanak sahaja. Dengan ini, sebagai seorang dewasa, kita perlu
pandai mengawal tahap stress. Sekiranya kita mampu mengawal tahap stress kita,
kita juga mampu dan boleh membantu kanak-kanak daripada mengalami masalah
stress.
Sekian sahaja entri pada hari ini. Sila tinggalkan
pandangan anda tentang entri kali ini. Terima kasih.